Aerobic
Bermakna dgn udara atau oksigen. Sebarang aktiviti yang mana badan berupaya menyalurkan oksigen yang secukupkanya kpd otot yang bekerja dalam jangka masa tertentu. Latihan aerobic kebiasannya disertakan dengan muzik.
Back Cycling
Mengurangkan sama ada bilangan set, pengulangan atau berat beban yang digunakan semasa latihan.
Body Fat
Peratus massa badan yang tidak terdiri daripada otot pejal, air, tulang atau organ penting.
Calisthenics
Kalisthenics – latihan yang menggunakan berat badan sebagai halangan. Contohnya bangkit tubi, tekan tubi dan sebagainya.
Cardiovaskular Training
Latihan fizikal yang menguatkan jantung dan saluran darah. Latihan ini meningkatkan keupayaan otot badan untuk menggunakan lebih tenaga dengan berkesan, membolehkan badan melakukan tahap latihan yang tinggi.
Cool down
Penyejukkan. Masa untuk menyejukkan badan selepas setiap latihan senaman termasuklah aktiviti jogging perlahan, berjalan dan regangan otot – otot utama.
Crunches
Latihan bahagian abdomen. Latihan bangkit tubi yang dilakukan sambil berbaring dengan kaki di atas bangku dan tangan di belakang leher.
Dehydration
Merujuk kepada kekurangan pengambilan cecair terutamanya air.
Dumbbell
Beban yang digunakan untuk latihan dengan batang pemegang sepanjang lebih kurang 14inci sama ada diletakkan besi bulat yang boleh ditanggalkan dihujungnya ataupun dengan berat yang tersedia.
Endorphins
Kimia yang dikeluarkan otak menyumbang kepada perasaan seronok semasa dan selepas latihan.
Flexibility
Kelenturan. Gerakan di sekitar sendi. Ia boleh ditingkatkan dengan regangan dan yoga.
Free Style Training
Melatih kesemua bahagian badan dalam satu bentuk latihan.
Hamstring Muscle
Otot besar dibelakang paha yang melentur lutut.
Hyper Kinetic Condition
Penyakit atau keadaan kesihatan yang disebabkan atau disumbangkan oleh latihan yang melampau.
Kinesiology
Kajian mengenai otot dan gerakan otot.
Quadriceps
Otot – otot dibahagian depan paha yang memanjangkan lutut.
Repetiton
Pengulangan. Satu gerakan yang lengkap dalam satu – satu latihan.
Resistance Training
Latihan yang menggunakan beban untuk membina tisu otot pejal.
Static Stretch
Regangan yang ditahan dalam satubkedudukan atau posisi untuk beberapa saat tanpa bergerak.
Body Building
Bina badan. Latihan angkat beban untuk mengubah penampilan fizikal.
Endurance
Ketahanan. Keupayaan otot untuk mengeluarkan tenaga secara berterusan dalam jangka masa tertentu.
No comments:
Post a Comment