Wednesday, June 30, 2010

.: gaya hidup sihat :.

~ ambil pelbagai jenis makanan yang kaya nutrien.
~ capai dan kekalkan berat badan yang ideal.
~ ambil banyak buah-buahan,sayur-sayuran dan bijiran.
~ pilih diet yang rendah lemak terutama lemak tepu dan kolesterol.
~ kuantiti gula dalam jumlah yang sederhana sahaja.
~ ambil sejumlah natrium secara sederhana.
~ bersenamlah secara kerap.

Tuesday, June 22, 2010


Ayam oren goreng

~Ayam goreng rangup ~

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 8 ketul kepak ayam
  • *Bahan A *
  • 1/2 cawan yogurt
  • 1/2 jus oren
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar serbuk kunyit
  • 1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/4 sudu kecil serbuk cili - boleh tambah kalau nak lagi pedas
  • * Bahan B *
  • tepung gandum secukupnya
  • 2 biji oren
  • Italian parsley secukupnya
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. Bersih ayam. Toreh ayam ikut arah tulang

2. Perap ayam dengan bahan-bahan A selama 1/2 jam atau lebih. Lagi lama, lagi sedap.

3. Buang air. Salut ayam dengan tepung. Masukkan tepung dalam beg plastik. Masukkan ayam. Tutup mulut plastik beg dan goncang-goncangkan.

4. Gorenglah dalam minyak panas sehingga kekuningan/masak.

5. Hiaslah dengan parsley dan oren