Tuesday, December 8, 2009

* susu skim kurang kalsuim *

susu skim memang sesuai untuk mereka yang berdiet kerana 1 gelasnya hanya terkandung 86 kalori. Tetapi sebenarnya, susu tersebut hanya mampu memberikan 30% keperluan kalsium 1000mg setiap hari. Kalsium sangat penting untuk wanita yang telah memasuki usia 25 tahun.

Sunday, December 6, 2009

* kempiskan perut *


Ada cara utk mengempiskan perut yang buncit dgn kos yang murah. Cara ini juga mudah untuk . Perahkan limau nipis didalam air teh ( tanpa gula ). Amalkan meminum air ini tiap-tiap hari. Anda akan dapat melihat perbezaanya.

Saturday, December 5, 2009

* baju terkena minyak *

Baju yang terkena kuah brminyak atau sambal biasanya akan menjadi kekuningan dan sukar dhilangkan walaupun telah direndam dlm air sabun. Untk menanggalkan kesan minyak trsebut, bubuh bedak atau tepung pada tompokan trsebut dan biarkan smalaman. Kemudian cuci seperti biasa.

ha.. nie dpt dari kwn...cuba try.. pssstt da tak payah pg kfc =)

Ayam goreng ala-ala KFC


( maaf xder gmbar )

Bahan-bahan ( satu family pon bleh )

  • 1 ekor ayam (ikut suka kalo nak banyak buat banyak)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu minyak bijan
  • 2 sudu serbuk lada putih
  • 1 kotak tepung goreng kentucky
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Ayam dipotong ikut suka. Kemudian dibersihkan.
  2. Di dalam satu mangkuk, masukkan ayam, telur, minyak bijan dan serbuk lada putih. Gaulkan sehingga rata.
  3. Perapkan lebih kurang 30 minit.
  4. Ambil ayam yang diperap dengan bahan-bahan tadi kemudian digolek-golekkan dengan tepung kentucky.
  5. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga masak dan keperangan. Ulang hingga habis ayam yang diperap tadi.
  6. Sedia untuk dimakan. Sedap dimakan ketika panas. Selamat mencuba!

suke dgn buah oren? ha cuba ini


Ayam oren goreng


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 8 ketul kepak ayam
*Bahan A *
  • 1/2 cawan yogurt
  • 1/2 jus oren
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar serbuk kunyit
  • 1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/4 sudu kecil serbuk cili - boleh tambah kalau nak lagi pedas
* Bahan B *
  • tepung gandum secukupnya
  • 2 biji oren
  • Italian parsley secukupnya
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Toreh ayam ikut arah tulang
  2. Perap ayam dengan bahan-bahan A selama 1/2 jam atau lebih. Lagi lama, lagi sedap.
  3. Buang air. Salut ayam dengan tepung. Masukkan tepung dalam beg plastik. Masukkan ayam. Tutup mulut plastik beg dan goncang-goncangkan.
  4. Gorenglah dalam minyak panas sehingga kekuningan/masak.
  5. Hiaslah dengan parsley dan oren

Ayam oren goreng


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 8 ketul kepak ayam
  • *Bahan A *
  • 1/2 cawan yogurt
  • 1/2 jus oren
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar serbuk kunyit
  • 1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/4 sudu kecil serbuk cili - boleh tambah kalau nak lagi pedas
  • * Bahan B *
  • tepung gandum secukupnya
  • 2 biji oren
  • Italian parsley secukupnya
  • minyak untuk menggoreng


Cara-cara

  1. Bersih ayam. Toreh ayam ikut arah tulang
  2. Perap ayam dengan bahan-bahan A selama 1/2 jam atau lebih. Lagi lama, lagi sedap.
  3. Buang air. Salut ayam dengan tepung. Masukkan tepung dalam beg plastik. Masukkan ayam. Tutup mulut plastik beg dan goncang-goncangkan.
  4. Gorenglah dalam minyak panas sehingga kekuningan/masak.
  5. Hiaslah dengan parsley dan oren

tempura yg best!! cubelah

Sizzling Tempura Chicken Fried Rice


Bahan

1 Mangkuk Nasi( untok 4 serving )

1 cawan mix veg

200 gm udang kecil di buang kulit

2 sudu makan Nampla(sos ikan Thai)

1 sudu makan dark soy sauce(untk warna)


Untok Tempura Chicken

300 gm Chicken Inner Fillet (potong memanjang)

1 pkt Tempura mix(Tepong tempura yg siap)

Sedikit lada putih

  1. Bancuh, tepung ikut aturan dgn air fridge(air sejuk mesti sejuk). Masukan lada putih.
  2. Panaskan minyak, dan celup fillet dlm adonan tempura dan di goring cara deep frying hingga kekuningan atau hingga masak, dan di tepikan dulu.


Grounded Spices untk Nasi Goreng

12 biji cili padi

1 sudu makan udang kering

1 batang serai (hiris halus)

5 ulas bawang putih
  1. Kisar semua bahan ini.

2 biji telor di kocok untok Hotplate


Caranya

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan garing, masukan udang kacau sebentar dan masukan nasi, mix veg, nampla, sedikit garam dan perasa dan juga kicap pekat, dan di balik kan hingga rata.(garam jgn terlalu banyak nampla sudah masin)
  2. Panaskan hotplate atas api, bila cukup panas, tuangkan sedikit minyak dan tuang telor yg di kocok tadi.
  3. Bila telor masak, hias dgn nasi goreng dan tempura tadi dan siap dihidangkan.

resipi masakan ayam


Ayam Paprik


Bahan-bahan ( 4 )
  • ½ ekor ayam - dipotong kecil2
  • 4 ulas bwg merah - ditumbuk
  • 2 ulas bwg putih - ditumbuk
  • 1 labu bwg besar - dimayang
  • 2 btg serai - dititik
  • 2 biji buah tomato - dipotong 4
  • 5 biji cili padi - ditumbuk
  • bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
  • bahan2 perasa

Cara-cara
  • Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
  • Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  • Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  • Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

Friday, December 4, 2009

mukadimah...

Assalamualaikum pembuka bicara,

Setelah berpenat lelah selama hampr 2 minggu, akhirnya siaplah blog saya ini yang bertajuk 'as what you need' yang tidak seberapa ini. Di blog ini, saya ingin berkongsi resepi-resepi dan juga tips-tips yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan sekalian. Saya budak baru belajar, jika ada salah dan silap di harap dapat memberi tunjuk ajar. Sebelum mengakhiri kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada 'teman setia' saya, Ahamad Shukri Zaki b. Naziff di atas tunjuk ajardan nasihat sepanjang proses blog ini dijalankan. Jasa dan pengorbananmu tak akan ku lupakan. Terima kasih ki...




na & ki


love dis smile =)