Monday, August 16, 2010

Daging Panggang Percik



1 kg daging - diambil bahagian batang pinang
1/2 sudu makan serbuk kunyit
2 helai daun kunyit
1/2 sudu halba
2 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa.

Bahan untuk dikisar :
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putuih
1.5 cm halia
4 tangkai cili kering
1.5 cm lengkuas
10 biji buah keras

2 batang serai - diketuk

Cara :
1. Daging dibersihkan, dipotong dan digaulkan dengan serbuk kunyit, garan dan sedikit serbuk cili. Panggang hingga 3/4 masak. Angkat.
2. Panaskan periuk, masukkan santan serta bahan-bahan kisar.
3. Campurkan daun kunyit, halba, serai,serbuk kunyit, serai, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih hingga pekat dan naik minyak.

4. Ambil kuah sedikit dan sapukan ke atas daging dan panggang hingga daging masak. Setelah masak. tunagkan lagi kuah ke atas daging dan boleh dihidangkan.

Tip : Untuk lembutkan daging dengan cepat tanpa menunggu cara perapan, rebuskan daging bersama satu cawan air kelapa hingga lembut. Kemudian masak seperti biasa.

sumber : Majalah Rasa November 2002

1 comment:

ekin_jommasak said...

bestnya boleh cuba ni...